'Guru jangan sibuk nak berniaga, jadi kontraktor'

Ridzal Abdullah
Januari 5, 2019 05:04 MYT
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pihaknya ada menerima banyak laporan bahawa ada guru-guru di negeri ini yang turut bekerja sebagai peniaga dan kontraktor.
Guru diminta tidak sibuk berniaga atau menjadi kontraktor kerana akan menjejas tugasan utama mereka sebagai pendidik.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pihaknya ada menerima banyak laporan bahawa ada guru-guru di negeri ini yang turut bekerja sebagai peniaga dan kontraktor.
“Guru-guru kena faham bahawa tugas utama ialah kita memberi pendidikan, bukan kerja di luar. Jadi maknanya fokus kita memberi ilmu kepada anak-anak Sabah dan mendidik.
“Kami ada menerima banyak laporan dan hal ini menggangu tugas utama mereka,” katanya dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari, sempena lawatan kerja melawat sekolah-sekolah daif di Sandakan pada Sabtu.
Terdahulu, ketika berucap dalam program itu beliau berkata guru yang suka berniaga harus memilih salah satu sahaja pekerjaan.
“Kalau mahu berniaga dan menjadi kontrakor, baik berhenti daripada menjadi guru.
“Hal ini akan menjejaskan hasrat kerajan yang mahu memperkasakan sector pendidikan,” katanya.
#berniaga #guru #Kontraktor #Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah #pendidik #Yusof Yacob
;