KUCHING: Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata setakat ini laporan polis telah dibuat oleh keluarga pelajar berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku pada 26 Julai dan 29 Julai melibatkan dua orang pelajar berusia 14 tahun.
“Susulan laporan itu, kes berkenaan dirujuk ke Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
“Antara tindakan lain yang telah diambil termasuk membekukan gaji guru berkenaan kerana tidak hadir bertugas,” katanya pada Rabu.
Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa apabila berlaku kes sedemikian terhadap gadis bawah umur.
“Kami akan pastikan anda tidak bersendirian, kita akan berusaha mendapatkan keadilan daripada apa yang berlaku, dia (suspek) mungkin boleh lari, bersembunyi, tetapi cepat atau lambat anda akan ditangkap.
“Kepada mangsa-mangsa yang telah dikenal pasti, saya akan menggerakkan jabatan di bawah tanggungjawab saya dan pihak-pihak lain yang berkaitan sekiranya perlu untuk memberi bantuan dari segi kaunseling dan kesihatan mental bagi meringankan kesan trauma yang dialami oleh pelajar berkenaan,” katanya.
Fatimah turut menggesa agar polis Sarawak dan Semenanjung bekerjasama dengan Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendidikan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
“Suspek harus disiasat dan didakwa bukan sahaja mengikut Sekyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, tetapi Sekyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Dalam masa sama Fatimah turut meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa untuk tampil memberi keterangan.
Selain itu, pihak Kerajaan Persekutuan juga boleh membuat satu polisi bagi mewajibkan saringan terperinci ke atas bakal guru bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau terutama sekali pemangsa seksual.
Sementara itu pada 10 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Bartholomew Umpit dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan seorang guru dari Tumpat, Kelantan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Suspek dikenal pasti sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir diletakkan dalam senarai Orang Yang Dikehendaki (OYD) polis, dilaporkan menghilang diri sejak bulan lalu selepas perbuatannya terbongkar.
Shafik Ahmad
Wed Aug 17 2022
![Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636387625_TBFATIMAH.jpg)
Fatimah berkata, antara tindakan lain yang telah diambil termasuk membekukan gaji guru berkenaan kerana tidak hadir bertugas.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706670096_TBpelajarTingkata.jpg)
Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi
Suspek berusia lingkungan 42 tahun itu ditahan 28 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
![Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673947662_Pengetuarogolter.jpg)
Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar
Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.
![Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658332068_raped.jpg)
Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar
Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
![Tiga sahabat dihukum dipenjara kerana rogol berkumpulan pelajar 13 tahun di Bachok Tiga sahabat dihukum dipenjara kerana rogol berkumpulan pelajar 13 tahun di Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653049156_IstanaKehakiman.jpg)
Tiga sahabat dihukum dipenjara kerana rogol berkumpulan pelajar 13 tahun di Bachok
Tiga sahabat dipenjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun.