Guru ditahan kes cabul murid perempuan 12 tahun

Adie Sufian Zulkefli
Julai 21, 2022 12:30 MYT
Seorang guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Langkawi, ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun. - Gambar hiasan
LANGKAWI: Seorang guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Langkawi, ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada pagi Rabu dan susulan itu polis telah menahan guru terbabit pada jam 12.30 tengah hari yang sama.
“Suspek berusia 48 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.
"Guru terbabit mengajar di sekolah dan telah mencabul murid berusia 12 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Shariman, kes siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Katanya, suspek direman sehingga Rabu depan untuk polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dituduh di mahkamah.
#guru lelaki #cabul #murid perempuan #Polis Daerah Langkawi #sekolah rendah