Guru direman bantu siasatan dakwaan rogol remaja

Astro Awani
Oktober 30, 2018 19:21 MYT
Terdahulu, lelaki berusia 43 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu itu masuk ke dalam makamah kira-kira pukul 11 pagi untuk prosiding reman. - Foto Astro AWANI
Seorang guru sebuah sekolah rendah yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat, direman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 2 November ini dikeluarkan oleh Majistret Iriane Isabelo di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini, hari ini.
Permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Terdahulu, lelaki berusia 43 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu itu masuk ke dalam makamah kira-kira pukul 11 pagi untuk prosiding reman.
Prosiding mengambil masa selama lebih sejam sebelum suspek dibawa keluar pada pukul 12 tengah hari.
Difahamkan, suspek didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dalam kejadian awal tahun ini.
#didakwa rogol #guru #mahkamah #Mahkamah Majistret #mangsa #pelajar #remaja #rogol #sekolah #Selayang #siasatan #suspek
;