Guru dijangkiti COVID-19, SK Bukit Jenun diarah tutup
Adie Sufian Zulkefli
Mac 19, 2021 19:42 MYT
Mac 19, 2021 19:42 MYT
PENDANG: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, di sini ditutup sementara bermula semalam selepas seorang guru dikesan dijangkiti COVID-19.
Menurut notis yang ditampal, penutupan sekolah berkenaan bermula jam 2.30 petang semalam sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi tujuan sanitasi.
Difahamkan, waris murid sekolah itu diminta mengambil anak mereka pada jam 11 pagi semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung jangkitan membabitkan guru di sekolah terbabit tetapi belum menerima butiran lanjut.
"Saya akan berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang berlaku," katanya.
#COVID-19
#sekolah ditutup
#Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun
#JKN
#guru
#dijangkiti COVID-19
#murid
#waris
#ibu bapa