Gurauan keterlaluan: Pelajar dan bapa dipanggil beri keterangan

Astro Awani
Ogos 5, 2021 14:15 MYT
Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar pula berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang yang sebelum ini mendakwa berlaku gurauan keterlaluan di sebuah sekolah di Selangor, dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hari ini.
Bapa pelajar tersebut, Saiful Nizam Abdul Wahab berkongsi perkara berkenaan di akaun Twitternya dan memaklumkan dia juga turut dipanggil untuk diambil keterangan.
"Untuk makluman, Saya dapat panggilan dari IPD Sungai Buloh meminta saya dan Ain ke sana untuk diambil keterangan ke atas sebuah laporan.
"Kami akan ke sana esok jam 5 petang (Jumaat) bersama peguam Datuk Sankara Nair, YB Maria Chin dan YB Teresa Kok," tulis Saiful Nizam pada Khamis malam.

Untuk makluman, Saya dapat panggilan dari IPD Sg. Buloh meminta saya & Ain ke sana utk diambil keterangan ke atas sebuah laporan. Kami akan ke sana esok jam 5pm bersama peguam Datuk Sankara Nair, YB Maria Chin dan YB Teresa Kok.#SaifulNizam #AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace

— Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace (@saifulnizam769) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tiada tindakan lanjut terhadap guru bergurau mengenai rogol
BACA: Ain Husniza terima notis tuntutan 'fitnah' RM1 juta
Pada Rabu, Saiful Nizam berkata keluarganya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.
April lalu, media melaporkan pelajar terbabit mendakwa seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor bergurau keterlaluan berkaitan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu .
Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar pula berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.
#Saiful Nizam Abdul Wahab #PDRM #Polis Diraja Malaysia #IPD Sungai Buloh #gurauan tentang rogol #tuntutan #laporan polis