Gunakan data rancang perjalanan berhari raya

Shafizan Johari
Jun 24, 2017 21:00 MYT
Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Pantai Timur kelihatan terkawal walaupun banyak kenderaan melalui laluan tersebut ketika tinjauan dari udara yang dilakukan bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA Lumpur mula lengang hari ini apabila ramai perantau di kota mula pulang ke kampung halaman.
Bagaimanapun jumlah kenderaan meningkat dan trafik mula bertambah di bandar-bandar utama di selatan, utara dan Pantai Timur.
Hari terakhir Ramadan ini juga membolehkan anda merancang perjalanan untuk berhari Raya pada 1 Syawal.
Mengunakan data trafik yang diperoleh menerusi portal Katsana, kami sediakan tip bagi membantu anda merancang perjalanan beraya anda.
Trafik sudah lengang di Kuala Lumpur memandangkan warga kota sudah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.
Lebuhraya PLUS arah utara kurang sesak dari jam 12 tengah malam hingga 10 pagi.
Lebuhraya PLUS menuju ke selatan lancar sehingga simpang keluar Alor Gajah.
Lebuhraya PLUS menuju ke utara lancar hingga simpang masuk, namun mulai sesak selepas simpang keluar Tambun hingga Taiping.
Trafik di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua mula sesak seawal jam 10 pagi.
#Aidilfitri #aliran trafik #KATSANA #perjalanan #PLUS #Ramadan
;