Guna saluran betul

Astro Awani
Januari 25, 2013 19:57 MYT
Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Kebangsaan, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil meminta pasangan suami isteri yang inginkan anak agar menggunakan saluran yang betul.
Langkah itu menurut beliau akan mengelak mereka daripada terjebak dengan sindiket pemerdagangan manusia.
Mengulas lanjut, Shahrizat memaklumkan, pasangan suami isteri berhasrat mendapatkan anak angkat boleh berbuat demikian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bukannya menerusi sindiket.
Ini kerana mereka juga boleh didakwa kerana bersubahat dengan sindiket berkenaan.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata, isu pemerdagangan manusia perlu dibanteras hingga ke akar umbi.
Beliau juga meminta semua pihak berkepentingan bekerjasama dalam membanteras kegiatan itu.
#Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil #Jabatan Kebajikan Masyarakat #Kanak-kanak #sindiket jual bayi
;