Guna kaedah pengiraan indeks persepsi jenayah baharu untuk data tepat
Hafiz Marzukhi
April 1, 2017 13:47 MYT
April 1, 2017 13:47 MYT
Malaysia akan menggunakan satu kaedah pengiraan indeks persepsi jenayah yang baharu selari dengan piawaian antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini akan memberikan pengiraan yang lebih tepat berbanding sebelumnya.
"Ini kerana ia menggunakan perkiraan berdasarkan 100,000 penduduk," kata beliau.
Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai peningkatan jenayah berkaitan dadah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
"Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak bagi membantu pihak polis terus memerangi gejala ini," kata Ahmad Zahid.
Pada tahun 2014, jenayah berkaitan dadah adalah pada 42 peratus dan meningkat kepada 48 peratus pada 2015 sebelum meningkat sekali lagi kepada lebih 55 peratus pada tahun lepas.
TPM Ahmad Zahid ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Mesyuarat Agung MCPF ke-24, di sini.