Gula 'diharamkan' di Parlimen pada setiap Rabu - Speaker Dewan Rakyat

Umavathi Ramayah
Oktober 14, 2024 10:50 MYT
Johari berkata, inisiatif itu bukan sahaja melibatkan kakitangan Parlimen sebaliknya turut merangkumi semua Ahli Parlimen. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bagi menyemai gaya hidup yang sihat, Dewan Rakyat melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu, bermula minggu ini.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, inisiatif itu bukan sahaja melibatkan kakitangan Parlimen, sebaliknya, turut merangkumi semua Ahli Parlimen.
"Bagi menyemarak gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.
"Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja akan melibatkan kakitangan Parlimen tetapi turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen juga.
"Ini selaras dengan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan bersama," katanya pada Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Dewan Rakyat #Hari Tanpa Gula #Parlimen
;