Gugur kes Lim Guan Eng: Jabatan Peguam Negara wajar beri penjelasan terperinci - Anwar

Astro Awani
September 6, 2018 11:16 MYT
Anwar Ibrahim harap penjelasan terperinci dapat menangkis persepsi susulan pengguguran kes melibatkan Menteri Kewangan - Foto Fail
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai pengguguran pendakwaan terhadap kes melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurut Anwar, langkah itu perlu bagi menangkis segala persepsi yang menyelubungi pentadbiran baharu ini.
"Saya mahu melihat sendiri apa penjelasan yang lebih teliti yang menyebabkan hakim bersetuju dengan keputusan pendakwa," tegas Anwar ketika ditemubual dalam program AI.
#AI #Anwar Ibrahim #Anwar Lim Guan Eng #berita hari ini #Berita Terkini Malaysia #isu semasa #Jabatan Peguam Negara #Kes Lim Guan Eng #Pakatan Harapan #PH #PKR #reformasi