Gudang di Singapura terbakar, empat hari selepas kebakaran tangki simpanan minyak

Bernama
Mac 22, 2018 09:30 MYT
Usaha memadamkan kebakaran masih lagi berjalan dengan api sudah dapat dikawal kepada kawasan seluas 600 meter persegi. Facebook Singapore Civil Defence Force
Sebuah gudang yang menyimpan timbunan bahan buangan di 11 Kranji Crescent, di sini terbakar awal pagi ini.
Ini adalah kebakaran besar berkaitan industri yang kedua dalam minggu ini, selepas kebakaran melibatkan sebuah tangki menyimpan minyak di Pulau Busing, Isnin lepas.
Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya di laman Facebook kira-kira pukul 3 pagi tadi berkata ia telah dimaklumkan mengenai kebakaran di gudang itu.
BACA: Enam jam bergelut padam kebakaran tangki simpanan minyak di Pulau Busing
Dalam makluman terkininya, SCDF berkata usaha memadamkan kebakaran masih lagi berjalan dengan api sudah dapat dikawal kepada kawasan seluas 600 meter persegi.
-- BERNAMA
#angkatan pertahanan awam #API #Facebook #gudang #kebakaran #Kranji Crescent #Pulau Busing #SCDF #Singapura #tangki
;