Gubal undang-undang untuk semua wakil rakyat isytihar harta
Astro Awani
Disember 10, 2018 12:52 MYT
Disember 10, 2018 12:52 MYT
Presiden Transperancy International Malaysia (TIM), Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, negara memerlukan undang-undang yang harus terpakai untuk semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang mengisytiharkan harta mereka.
Menurut Akhbar, selain wakil rakyat, exco-exco kerajaan negeri juga perlu mengisytiharkan harta masing-masing supaya mereka dilihat bersih.
"Pengisytiharan harta ini bukan hanya perlu dilakukan oleh ahli-ahli politik Pakatan Harapan semata-mata tetapi semua wakil rakyat dan exco kerajaan negeri.
"Pengisytiharan harta ini menunjukkan tahap rasuah rendah dan membuktikan wakil rakyat atau exco bekerja bukan untuk diri sendiri," katanya kepada Astro AWANI.
Akhbar turut mencadangkan Malaysia agar mencontohi beberapa negara lain seperti Indonesia yang lebih awal mewajibkan ahli politik mengisytiharkan harta dan mempunyai akta berkaitan hal ini.
#Akhbar Satar
#harta
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PAS
#SPRM
#Transperancy International Malaysia
#UMNO
#wakil rakyat