Gubal akta perlakuan antisosial bendung salah laku golongan bawah umur

Muzaffar Syah Mallow
Januari 28, 2019 12:45 MYT
Alam remaja dan kanak-kanak adalah satu alam atau tempoh masa yang amat rapuh serta mudah terdedah dan terpengaruh dengan pelbagai kegiatan yang boleh membawa bahaya kepada diri mereka serta orang sekeliling mereka. - Gambar hiasan
PIHAK kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan akta perlakuan antisosial bagi membendung masalah anti sosial yang melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak dalam negara kita.
Ini susulan cadangan beberapa pihak yang ingin mengenakan perintah berkurung terhadap golongan terbabit bagi membendung salah laku serta perlakuan yang menyalahi undang-undang serta bertentangan dengan agama dan prinsip moral.
Tidak dapat dinafikan golongan kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang mudah untuk terpengaruh dan terjebak dengan aktiviti yang boleh membawa bahaya kepada diri serta orang yang berada pada sekeliling mereka. Ini adalah kerana golongan berkenaan tidak memiliki tahap kematangan dan pengalaman yang mencukupi bagi memahami segala cabaran dan dugaan yang ada di dalam dunia realiti pada masa kini.
Akibat daripada kurangkannya tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada diri golongan bawah umur terbabit, mereka amat mudah untuk menjadi mangsa kepada pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab.
Akibatnya, masa depan golongan bawah umur berkenaan menjadi gelap serta tidak mempunyai hala tuju hidup yang jelas. Antara kegiatan bahaya yang selalunya mudah untuk golongan bawah umur terjebak adalah seperti aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah, lumpa haram, dan lain – lain lagi.
Golongan bawah umur ini juga amat mudah untuk terjebak di dalam kegiatan yang bertentangan dengan kelakukan antisosial seperti gangsterism, kongsi gelap, lepak, merokok, ponteng sekolah, merempit dan lain-lain lagi.
Alam remaja dan kanak-kanak adalah satu alam atau tempoh masa yang amat rapuh serta mudah terdedah dan terpengaruh dengan pelbagai kegiatan yang boleh membawa bahaya kepada diri mereka serta orang sekeliling mereka.
Tidak ada satu faktor penentu yang boleh menjadi penyebab utama terhadap berlakunya segala masalah atau perlakuan anti sosial yang berlaku kepada golongan bawah umur berkenaan dalam negara kita.
Ianya boleh berlaku akibat daripada pelbagai punca seperti kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga terutamanya pihak ibu bapa serta penjaga terhadap anak – anak jagaan mereka, kurangnya pendedahan pendidikan di sekolah khususnya mengenai aspek masalah sosial yang kian menular dalam masyarakat dalam negara kita, silap memilih kawan, tiada tempat yang sesuai untuk dituju sekiranya menghadapi masalah, kurangnya penguatkuasaan undang – undang yang mengawal salah laku golongan bawah umur seperti larangan penjualan rokok serta bahan – bahan larangan yang lain khususnya terhadap golongan bawah umur dalam negara kita, pengaruh media dan internet yang susah untuk dikawal dan lain – lain punca lagi.
Pelbagai langkah boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah melalui aspek pengukuhan undang – undang dengan mewujudkan akta khusus bagi membendung salah laku dikalangan golongan kanak – kanak dan remaja dalam negara kita.
Kewujudan sebuah akta khusus terhadap perkara ini dilihat penting bagi memastikan golongan bawah umur terbabit tidak terjerumus ke dalam sebarang aktiviti yang tidak membawa kepada faedah kepada diri mereka sendiri serta yang boleh membawa bahaya serta merosakkan diri mereka sendiri.
Pada masa yang sama melalui pengenalan akta khusus berkenaan juga satu tindakkan yang keras boleh diambil terhadap mana – mana pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendedahkan golongan bawah umur terbabit kepada sebarang aktiviti yang bertentangan dengan tatasusila dan sosial yang diterima masyarakat dalam negara kita.
Cadangan untuk mengenakan perintah berkurung terhadap golongan bawah umur dibimbangi tidak dapat menyelesaikan masalah sosial yang berlaku dikalangan golongan kanak – kanak dan remaja dalam negara kita ini adalah kerana amat sukar untuk semua pihak termasuk golongan ibu bapa dan penjaga menjaga anak – anak mereka setiap masa dan pada setiap hari kerana kesibukan bekerja.
Pihak berkuasa juga akan menghadapi masalah untuk menguatkuasa undang – undang perintah berkurung terbabit sekiranya ia dikuatkuasakan kelak kerana faktor jumlah golongan bawah umur yang ada dalam negara adalah terlalu ramai.
Perlu diketahui juga pengaruh negatif yang boleh mempengaruhi golongan kanak – kanak tidak lagi boleh dibendung melalui pagar dan pintu rumah sahaja kerana kemunculan pelbagai teknologi moden yang ada yang boleh menyerap masuk ke pemikiran serta minda golongan bawah umur terbabit.
Golongan kanak-kanak dan remaja juga akan terus mencari jalan untuk melepaskan diri mereka dari rumah kerana pada usia sebegini mereka ingin mencari cabaran serta bergaul dengan orang lain.
Bagi menyelesaikan masalah ini secara berkesan, satu bentuk peruntukkan undang – undang perlu digubal khusus bagi mengekang segala masalah sosial yang berlaku dikalangan golongan kanak – kanak dan remaja dalam negara kita perlu diwujudkan.
Melalui akta terbabit, pelbagai penyelesaian terhadap masalah sosial yang berlaku dikalangan golongan kanak – kanak dan remaja dalam negara kita dapat dibendung serta memudahkan sebarang proses penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi diri golongan kanak-kanak dan remaja dari anasir jahat serta pengar
#Internet #keluarga #kerajaan #Kolumnis AWANI #mangsa #media sosial #pendidikan #remaja #rumah #sekolah #umur #undang-undang
;