Guan Eng, Li Koon bebas: 'Saya pun terkejut juga' - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
September 3, 2018 18:47 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media pasca lawatan ke Brunei di Istana Qashr Munee hari ini. - Foto BERNAMA
"Saya pun terkejut juga.” Itu reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.
Keputusan mahkamah itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut daripada kedua-dua individu itu.
Walaupun menyifatkan keputusan mahkamah perlu diterima, namun Dr Mahathir berkata rayuan masih boleh dibuat.
“Itu keputusan mahkamah. Saya tak pernah persoal keputusan mahkamah.
“Kalau mahkamah dulu buat keputusan bagi saya salah, saya tak tegur juga.
“Kalau keputusan itu dibuat mahkamah, kita terpaksa terimalah. Kalau tak mahu terima, boleh merayu,” katanya pada sidang media pasca lawatan ke Brunei di Istana Qashr Munee di sini hari ini.
#banglo #Jabatan Peguam Negara #Lim Guan Eng #Mahkamah Tinggi Pulau Pinang #Menteri Kewangan #Perdana Menteri #Phang Li Koon #terkejut
;