Guan Eng dipanggil SPRM

Astro Awani
Julai 22, 2020 13:34 MYT
Guan Eng dipercayai dipanggil atas dakwaan projek terowong dasar laut. - Foto Shahir Omar/ASTRO AWANI
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
Beliau dipanggil SPRM untuk rakaman percakapan dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Guan Eng tiba kira-kira jam 1 tengah hari, ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Ahmad Khusairi yang mengesahkan kehadiran Setiausaha Agung DAP, untuk bantu siasatan isu terowong.
30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu.
Selain itu, beberapa lagi saksi juga dipanggil untuk direkod percakapan.
#Gobind Singh Deo #Lim Guan Eng #Malaysia #menteri #Parlimen #Puchong #Putrajaya #Rasuah #siasatan #SPRM
;