Guan Eng dan Rahman Dahlan berperang di Twitter
Astro Awani
Februari 24, 2014 16:38 MYT
Februari 24, 2014 16:38 MYT
Perbalahan di laman mikro Twitter antara anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkesudahan dengan salah seorang bakal berdepan tuntutan saman.
Abdul Rahman bertegas untuk menyaman Guan Eng selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh beliau menyokong cadangan membakar bible yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) satu ketika dahulu.
Abdul Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu pada awalnya menjawab dakwaan Guan Eng yang mengaitkan beliau dengan cadangan membakar bible itu.
Sebelum ini, Guan Eng pernah menyelar Abdul Rahman yang didakwa mempertahankan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengugut mahu membakar bibla dalam bahasa Melayu.