'GRO Piala Dunia' dicekup

Astro Awani
Jun 30, 2018 03:21 MYT
Antara 'GRO Piala Dunia' yang dicekup Polis D7 Selangor di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya, malam tadi. - Astro AWANI
Bahang saingan bola sepak Piala Dunia yang semakin menghangatkan kini turut digunakan pusat hiburan bagi melariskan perniagaan mereka.
Taktik menggunakan pegawai perhubungan pelanggan atau ‘GRO’ bertemakan 'World Cup' di sebuah pengusaha pusat hiburan akhirnya dibongkar, hasil operasi polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi.
Pusat hiburan yang terletak di Subang Jaya itu digempur pegawai turus D7, Inspektor Azrul Izwan dan Inspektor Yap Ket Hua dengan memberkas seorang penjaga premis dan 33 GRO dari pelbagai negara.
Semakan mendapati 25 daripada GRO terbabit merupakan warga Thailand, empat warga Korea Selatan, dua warga Ukraine dan masing-masing seorang dari Laos dan Kemboja.
Siasatan juga mendapati harga jualan tiara atau 'crown' untuk pelanggan memilih GRO pilihan mereka bermula dari RM300 sehingga mencecah sehingga RM1,000.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan di bawah Akta Imigresen.
#GRO #Piala Dunia #pusat hiburan #Subang Jaya #World Cup