Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025

Amanz
Mei 18, 2024 15:56 MYT
Hari ini semasa Take 2 Interactive mengumumkan laporan kewangan mereka, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada musim luruh 2025. -Amanz
BILAKAH Grand Theft Auto 6 akan dilancarkan? Semasa trailer permainan diumumkan ia sekadar mengatakan tahun 2025.
Hari ini semasa Take 2 Interactive mengumumkan laporan kewangan mereka, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada musim luruh 2025.
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November.
Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakah GTA 6 akan dilancarkan.
Sebagai peringatan GTA 5 dilancarkan pada 17 September 2023. Penantian selama hampir atau mungkin lebih 12 tahun akan berakhir tahun hadapan.
Walaupun permainan sudah berusia lebih sedekad, GTA 5 masih menjana pendapatan lebih $700 juta menjadikannya antara yang paling menguntungkan kepada penerbit pernah dihasilkan. -Amanz
#Grand Theft Auto #Take 2 Interactive #GTA 6 #permainan video