KUALA LUMPUR: Menyediakan dan mempersiapkan pelajar merentasi pelbagai disiplin ilmu sejak dari universiti dilihat mampu memenuhi keperluan alam pekerjaan hari ini, kata Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Prof Dr Pradeep Nair.
Katanya, pandemik COVID-19 menimbulkan kesedaran dalam melahirkan graduan serba boleh di samping mengikut perubahan teknologi dan globalisasi memastikan mereka lebih bersedia memenuhi keperluan industri serta menempuhi masa depan.
Ia turut mewujudkan cabaran melangkaui pelbagai bidang kepakaran, malah menyaksikan penguasaan satu disiplin ilmu khusus sahaja tidak mencukupi untuk graduan pada masa akan datang.
Justeru, jelasnya, bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan dan pihak berwajib memerlukan lebih ramai pakar serta bakat yang mampu menguasai variasi ilmu meliputi budaya, bahasa, metodologi dan kaedah pelbagai disiplin.
“Menyediakan pelajar dengan persekitaran, rangkaian dan sumber yang betul di peringkat universiti adalah penting untuk membolehkan mereka berkembang maju dalam kerjaya pada masa depan.
“Prinsip dan panduan Taylor’s University melalui pendekatan pengalaman pembelajaran pelbagai disiplin (MLE) bertujuan membolehkan pelajar melaksanakan misi serta matlamat mereka melalui pembelajaran berasaskan tujuan.
“Hari ini, 75 peratus pelajar kami melibatkan diri dalam mata pelajaran dan modul di luar bidang pengajian mereka dan telah mengusahakan beberapa projek merentasi fakulti yang disifatkan sebagai “impact-labs” yang disokong oleh komuniti Taylor’sphere,” katanya kepada Astro AWANI.
Kejayaan pelbagai disiplin ilmu
Baru-baru ini, Taylor’s University dan West Bohemia University mengukuhkan lagi kerjasama apabila menghasilkan ‘Catabox’, iaitu sebuah alat penyelamat air.
Ia direka berkonsepkan situasi banjir yang berlaku di Malaysia dan Republik Czech yang mampu memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan ketika berlakunya bencana itu.
Taylor’s University juga melalui Taylor’s Me.reka Makerspace (TMM) membangunkan peranti DuckiePi yang dikuasakan oleh Raspberry Pi yang membolehkan pembelajaran dalam talian diakses oleh golongan B40.
Kini, lebih 150 peranti DuckiePi telah disumbangkan kepada komuniti kurang berkemampuan di PPR Lembah Subang, SK Long Sukang, serta keluarga di seluruh negara melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, universiti melalui Pusat Pengajian Pendidikan turut menganjurkan ‘Projek BacaBaca’ yang direka khas untuk memastikan pelajar berumur enam hingga sembilan tahun dapat membaca di peringkat gred, menunjukkan prestasi lebih baik dalam akademik serta aktiviti bilik darjah.
Untuk rekod, segala usaha murni tersebut menyaksikan Taylor’s University terus cemerlang apabila menduduki tangga ke-284 peringkat global dalam senarai siri QS World University Rankings 2023.
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 48 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan Taylor’s University sebagai universiti swasta terbaik di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut.
Ehsan A Marisah
Sat Jun 18 2022

Prof Dr Pradeep berkata, menyediakan pelajar dengan persekitaran, rangkaian dan sumber yang betul di peringkat universiti membolehkan mereka berkembang maju dalam kerjaya pada masa depan. -Foto Taylors University

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.