GrabFood diperluas ke seluruh negara, kukuhkan status sebagai penghantar makanan no. 1 Malaysia
Kenyataan Media
Jun 15, 2023 19:29 MYT
Jun 15, 2023 19:29 MYT
PETALING JAYA: GrabFood Malaysia mengumumkan perluasan rangkaian servis di seluruh Malaysia bersempena sambutan ulang tahunnya yang kelima.
Perkhidmatan platform penghantaran makanan No. 1 itu kini telah menapak di lebih daripada 100 Daerah Malaysia sejak dilancarkan pada Mei 2018 - bersamaan dengan 95 peratus penduduk Malaysia.
Mengulas mengenai pencapaiannya, Jiong Jian Tan, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia, menekankan bahawa strategi perluasan ini tidak terbatas hanya kepada kawasan perkhidmatan.
“Kami memperkasa khidmat kami secara lokal demi kemaslahatan masyarakat tempatan.
"Walau bagaimanapun, kami juga sedang berikhtiar untuk menambah baik servis kami selari dengan keperluan komuniti di Malaysia.
"GrabFood akan berusaha untuk menyesuaikan penghantaran on-demand dengan keperluan anda melalui inovasi teknologi terkini bagi menjamin kepentingan para pelanggan dan pemilik restoran.”
“Kami telah menambah jumlah pilihan restoran bagi memudahkan para pengguna. Secara purata, jumlah restoran rakan peniaga kami telah mencecah dua kali ganda setiap tahun sejak penubuhan GrabFood pada tahun 2018," katanya lagi.
"Selain itu, kami turut menumpukan perhatian kepada penambahbaikan yang menguntungkan para pengguna.
"Baru-baru ini, kami telah melancarkan Saver Delivery yang menawarkan caj penghantaran yang paling rendah - serendah RM1.
"Bukan itu sahaja, GrabUnlimited juga menawarkan potongan harga berbaloi untuk semua perkhidmatan Grab - perubahan ini memberi pelbagai peluang untuk warga Malaysia menjimat.”
Melengkapi Rakan-Peniaga Dengan Alatan Untuk Berkembang
Perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkembang pesat di Asia Tenggara.
Pada tahun 2022, pengguna GrabFood membuat pesanan sebanyak 1.48 kali ganda berbanding tahun 2019, manakala purata keuntungan bulanan rakan peniaga kecil telah bertambah sebanyak 26% selepas setahun berdaftar dengan Grab.
Justeru, lebih ramai peniaga memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Oleh itu, Grab menyediakan kelengkapan dan program relevan bagi membantu rakan peniaga meluaskan pasaran masing-masing.
- Pulangan 6X daripada iklan digital – ‘Ads Manager’, alat layan-diri yang terdapat dalam aplikasi GrabMerchant membolehkan rakan peniaga mencipta dan mengesan iklan digital sendiri melalui peranti mudah alih mereka dalam masa kurang 3 minit. Secara purata, GrabAds memberikan pulangan 6X bagi setiap dolar yang digunakan untuk pengiklanan bagi rakan peniaga kecil Grab di rantau ini.
"Kini, melalui aplikasi Grab, para pengguna dapat merasai pengalaman tempatan yang unik - hyperlocal experience - di negeri yang dilawati tanpa mengira lokasi semasa,” akhiri Tan.
Kedudukan GrabFood sebagai pemain utama dalam penghantaran makanan terkemuka di Malaysia disokong oleh tinjauan mengenai jenama yang paling kerap digunakan di kalangan pengguna penghantaran makanan yang dijalankan oleh Kantar, syarikat data, pandangan dan perunding terkemuka dunia.