GPMS P. Pinang kutuk Ramasamy gelar Dr Zakir Naik 'syaitan'

Bernama
April 11, 2016 20:20 MYT
Pada Jumaat, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu daripada memasuki Malaysia bagi memulakan siri ceramah di Terengganu. - Gambar fail
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.
Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang Azdy Mohd Arshad berkata sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook.
"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Ceramah Dr Zakir Naik di UTeM tidak boleh diteruskan - Khalid
BACA: Isu Zakir Naik: 'Waspada pihak yang boleh cetus perbalahan agama' - Dr Subramaniam
BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
Beliau berkata Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.
Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu latar belakang Zakir sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas, katanya.
"Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri ceramah yang bakal disampaikan anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.
"Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat emosional terhadap Dr Zakir Naik dan Islam," katanya.
#berita Zakir Naik #GPMS #hindraf #HIndu dan Islam #MIC #penceramah #Ramasamy #Zakir Naik
;