Google TV mula sokong Home Panel untuk kawal peranti internet benda dengan TV

Amanz
Oktober 21, 2024 11:20 MYT
Home panel ialah panel khas Google Home untuk televisyen bagi memudahkan pengguna mengawal peranti internet benda seperti kipas, lampu, langsir, speaker dan banyak lagi terus melalui TV. -Amanz
SAMSUNG dan LG sudah lama menyokong ciri kawalan peranti internet benda di bawah ekosistem sama terus melalui televisyen masing-masing.

Ringkasan AI
  • Home Panel membolehkan kawalan peranti pintar seperti kipas, lampu, dan langsir terus dari Google TV.
  • Pengguna boleh mengawal peranti melalui Google Assistant atau alat kawalan jauh.
  • Televisyen TCL dan kotak TV Xiaomi antara yang telah menerima kemas kini ini, dan kebanyakan Google TV boleh menyemak kemas kini aplikasi Google di Play Store.

Ciri ini turut popular dengan pengeluar televisyen dari China.
Terbaharu, sokongan natif untuk mengawal peranti internet benda di bawah Google Home telah diberikan kepada Google TV.
Ia kali pertama diperkenalkan melalui Google TV Streamer. Ciri yang dikenali sebagai Home Panel ini mula diedarkan kepada peranti Google TV lain.
Home panel adalah panel khas Google Home untuk televisyen bagi memudahkan pengguna mengawal peranti internet benda seperti kipas, lampu, langsir, speaker dan banyak lagi terus melalui TV sama ada dengan arahan kepada Google Assistant atau dengan alat kawalan jauh.
Setakat ini, televisyen TCL dan kotak TV Xiaomi antara yang telah disahkan menerima kemas kini ini.
Menurut sumber, ciri ini sepatutnya disokong pada kebanyakan Google TV dengan hanya menyemak kemas kini aplikasi Google di Play Store. -Amanz
#kawalan peranti #internet benda #Google Home #Home panel
;