Google Translate kini ada mod dwiskrin untuk telefon lipat

Amanz
Ogos 30, 2024 12:50 MYT
Paling menarik adalah selain mempunyai mod mendengar dan menaip yang sedia ada, ia kini mempunyai mod perbualan dan mod dwiskrin. -Amanz
ANTARA ciri kegemaran saya pada peranti skrin boleh lipat adalah Interpreter yang terhad kepada peranti Samsung dan perlu menggunakan aplikasi khas dalam OneUI sahaja.
Akan datang, ia mungkin menjadi lebih fleksibel kerana Google Translate mula memberikan sokongan mod dwiskrin.
Dalam aplikasi Google Translate serba baharu, ia telah dikemas kini dengan antara muka mengikut tema Material You.
Paling menarik adalah selain mempunyai mod mendengar dan menaip yang sedia ada, ia kini mempunyai mod perbualan dan mod dwiskrin.
Mod perbualan akan membahagikan skrin dalam kepada dua bahagian, di mana bahagian atas diterbalikkan untuk perbualan bersemuka.
Sementara mod dwiskrin adalah seakan Intepreter pada peranti Samsung Galaxy yang menggunakan Galaxy AI, di mana skrin dalam adalah bahasa Inggeris dan skrin luar akan memaparkan terjemahan.
Buat masa ini, menurut sumber ia hanya disokong pada Pixel Fold, Pixel 9 Pro Fold, Galaxy Z Fold dan juga dalam ujian saya ia turut disokong pada Galaxy Z Flip6.
Google Translate juga menyokong penggunaan luar talian dengan bahasa tertentu boleh dimuat turun. -Amanz
#dwiskrin #google translate #peranti skrin boleh lipat #Samsung Galaxy #interpreter