Google Store kini aktif untuk pengguna Malaysia, perlihat penawaran peranti Pixel

Amanz
Ogos 14, 2024 04:10 MYT
Google secara rasminya melancarkan akses Google Store untuk pengguna di Malaysia. -Amanz
SELARI dengan pelbagai pengumuman berkaitan peranti-peranti baharu, kini Google turut secara rasminya melancarkan akses Google Store untuk pengguna di Malaysia.
Melaluinya, pengguna masih belum boleh melakukan pembelian, sebaliknya buat masa ini ia memfokuskan kepada penawaran peranti dan produk Google di bawah jenama Pixel untuk pasaran Malaysia.
Sebanyak empat kategori produk disenaraikan buat masa ini, iaitu Google Pixel 9, Pixel 9 Pro & Pro XL, Google Pixel Watch 3 dan juga Pixel Buds Pro 2. Tiada Google Pixel 9 Pro Fold disenaraikan.
Pengguna boleh melihat pelbagai ciri-ciri yang ditawarkan, termasuk spesifikasi teknikal untuknya.
Tiada pembelian yang boleh dilakukan melalui Google Store buat masa ini. Sebaliknya, Google menyenaraikan CelcomDigi, Maxis, Senheng, Senq, Urban Republic, Shopee dan juga Lazada untuk mendapatkan produk-produk mereka secara rasmi.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Google Store hari ini. -Amanz
#Google Store #pixel #pengguna di Malaysia #peranti baharu