Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina

Amanz
Disember 17, 2024 17:02 MYT
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.
BIASANYA jika anda mempunyai satu aplikasi menarik pada peranti sendiri dan ingin kongsi bersama rakan, anda akan hantar tangkapan layar atau terus berikan pautan ke gedung aplikasi.

Ringkasan AI
  • Google Play Store akan menamatkan ciri Share apps yang menggunakan Quick Share dalam versi 44.1.
  • Pengguna boleh menggunakan aplikasi Files by Google sebagai alternatif untuk berkongsi aplikasi dengan Quick Share.
  • Idea asal Share Apps adalah untuk memudahkan perkongsian aplikasi tanpa WiFi atau sambungan data mudah alih.

Dalam peranti Android, Play Store sendiri menawarkan ciri Share Apps yang menggunakan Quick Share untuk mudah kongsi pautan aplikasi.
Ciri ini bagaimanapun akan ditamatkan tidak lama lagi.
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.
Tiada sebab diberikan kenapa, tetapi pengguna yang memanfaatkan ciri ini kini boleh menggunakan aplikasi Files by Google sebagai alternatif.
Dalam Files, tab Aplikasi turut membenarkan pengguna kongsi aplikasi dengan Quick Share.
Idea Share Apps di Play Store pada asalnya adalah untuk memudahkan perkongsian aplikasi dengan pengguna Android lain di saat ketiadaan WiFi atau sambungan data mudah alih.
Namun dengan penggunaan yang lebih kurang sama tersedia pada aplikasi lain, Google mungkin ingin meningkatkan jumlah pengguna padanya.
Apa pendapat anda? -Amanz
#Android #Google #Play Store #buang ciri perkongsian aplikasi
;