Google Pixel 9 guna modem Exynos 5400 sama dengan Samsung Galaxy S24

Amanz
Ogos 17, 2024 12:50 MYT
Modem ini adalah Samsung Exynos 5400 yang sama digunakan pada kesemua Samsung Galaxy S24. -Amanz
GOOGLE dan Samsung mempunyai hubungan yang sangat erat. Banyak ciri menarik Samsung dijayakan dengan bantuan Google.
Sebelum Pixel 9 dijual di Malaysia, Samsung Galaxy S24 Ultra kami nyatakan adalah Pixel untuk global.
Terbaharu, selain disahkan di Malaysia menggunakan skrin LTPO, Android Authority melaporkan yang setiap Pixel 9 turut menggunakan modem baharu.
Modem ini adalah Samsung Exynos 5400 yang sama digunakan pada kesemua Samsung Galaxy S24.
Modem ini mempunyai kemampuan jauh lebih hebat berbanding Exynos 5300 dalam Pixel generasi lepas.
Dengan modem baharu, akan datang melalui kemas kini Android 15 – Pixel 9 akan menyokong komunikasi satelit yang terbina secara natif. Selain itu, ia juga lebih efisien dengan kurang menggunakan kuasa.
Kelajuan muat turun pula adalah mencapai 14.79Gbps dan turut menyokong band frekuensi FR1.
Mungkin disebabkan modem baharu yang lebih baik ini juga membuatkan Pixel akhirnya sedia dijual di Malaysia.
Cuma, band pada Pixel 9 Pro Fold masih tidak dioptimasikan untuk pasaran Malaysia.
Jadi, Pixel 10 Pro Fold atau telefon lipat generasi ketiga nanti dikatakan barulah akan dijual di sini. -Amanz
#Samsung Exynos 5400 #Samsung Galaxy S24 #pixel #band frekuensi FR1