Google Photos kini papar maklumat pada gambar disunting guna AI

Agensi
Oktober 25, 2024 12:30 MYT
Google kini memaparkan maklumat pada gambar yang disunting menggunakan AI, termasuk jenis AI dan suntingan yang dilakukan. -Amanz
KECERDASAN buatan (AI) generatif adalah amat berguna untuk melakukan suntingan pantas pada gambar seperti membuang objek atau mengembangkan saiz gambar berbanding imej asal.

Ringkasan AI
  • AI generatif sangat berguna untuk suntingan gambar pantas seperti membuang objek atau mengembangkan saiz gambar.
  • Google kini memaparkan maklumat pada gambar yang disunting menggunakan AI, termasuk jenis AI dan suntingan yang dilakukan.
  • Gambar yang disunting dengan Magic Editor, Magic Eraser, dan Zoom Enhance akan menunjukkan maklumat suntingan AI, membantu pengguna mengenal pasti gambar yang telah dimanipulasi.

Tetapi dengan kita berhadapan dengan isu imej palsu, Google kini mula memaparkan maklumat pada gambar yang disunting menggunakan AI.
Pada panel Info gambar, pengguna boleh melihat senarai baharu AI Info. Jika gambar disunting dengan AI, ia akan memberitahu apakah AI yang digunakan serta apakah jenis suntingan yang dilakukan.
Setiap gambar yang disunting menggunakan ciri Magic Editor, Magic Eraser dan Zoom Enhance pada Photos akan memaparkan maklumat seperti ini.
Menerusi ciri ini sekurang-kurangnya proses meneka sama ada gambar yang dilihat adalah SOOC ataupun telah dimanipulasi menggunakan pelbagai aplikasi suntingan AI di pasaran sekarang. -Amanz
#AI Generatif #kecerdasan buatan #suntingan gambar #Magic Editor Magic Eraser #Google Photos
;