Google perkenal logo baharu

Agensi
September 2, 2015 11:11 MYT
Logo baru ini didedahkan berikutan pengumuman dari Google mengenai syarikat yang dipanggil Alphabet. - Foto Google
SYARIKAT gergasi Internet, Google memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.
Menurut laporan AFP, Google mengekalkan skim empat warnanya namun menukar font kepada soft sans-serif.
Mereka juga mengubah huruf kecil g berwarna biru kepada G berhuruf besar dengan menggabungkan warna biru, hijau, merah dan kuning.
"Kami memperkenalkan logo baru serta identiti yang menggambarkan realiti ini.
"Ini bagi menunjukkan keajaiban Google sesuai untuk anda, juga pada skrin yang kecil," kata syarikat tersebut dalam blognya.
Logo baru ini didedahkan berikutan pengumuman dari Google mengenai syarikat yang dipanggil Alphabet.
Walaupun Google dianggap sebagai pesaing dominan di Internet, syarikat itu melancarkan beberapa projek lain yang berkaitan dengan operasi terasnya.
Antara projeknya termasuk, kereta pandu sendiri, Google Glass dan juga Google TV.
Saksikan: evolusi Google
#enjin carian #G #Google #Internet #logo baru
;