Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan

Amanz
Disember 1, 2023 11:30 MYT
Bersama-sama pencapaian 1 bilion pengguna aktif RCS ini, Google Messages turut memperkenalkan beberapa ciri baharu, termasuk Photomoji yang memudahkan gambar diubah kepada sticker atau emoji. - Foto Amanz
GOOGLE hari ini berkongsi menyatakan pengguna aplikasi permesejan Google Messages kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna yang aktifkan ciri RCS melaluinya.
Untuk makluman, ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.
Melaluinya, pengguna boleh menghantar gambar, video, sokongan sembang berkumpulan dan sebagainya.
Ia sering dipasarkan sebagai evolusi seterusnya untuk SMS, dan merupakan antara alternatif untuk WhatsApp yang hadir terbina pada telefon pintar tanpa perlukan aplikasi tambahan.
Bersama-sama pencapaian 1 bilion pengguna aktif RCS ini, Google Messages turut memperkenalkan beberapa ciri baharu, termasuk Photomoji yang memudahkan gambar diubah kepada sticker atau emoji, Voice moods yang memudahkan penghantaran mesej bersuara bersama-sama emoji, Screen Effects yang menambah kesan animasi ketika menghantar beberapa perkataan seperti “I Love You”, Animated Emoji, dan juga sokongan profil.
Dengan Apple turut mengumumkan sokongan RCS bakal ditambah pada iPhone pada tahun hadapan, tidak mustahil kita melihat pengguna perkhidmatan permesejan RCS terus meningkat dari hari ke hari.
Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan RCS atau Google Messages?
#RCS #mesej #Google Messages #aplikasi permesejan
;