PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) sudah semakin meluas sehingga menyebabkan pelbagai masalah seperti pelajar tidak menulis sendiri kerja khusus.


Ringkasan AI
  • Google melancarkan SynthID Text yang boleh mengesan dan menambah tera air pada karya AI generatif, kini tersedia secara sumber terbuka.
  • SynthID Text boleh diakses melalui Hugging Face dan telah diintegrasikan dalam Gemini, dengan tera air yang kekal walaupun teks disunting.
  • Tera air kurang berkesan jika teks dialih bahasa, teks pendek, atau jawapan berbentuk fakta.


Terdapat beberapa alat telah dibangunkan untuk mengesan penggunaan AI seperti ini.

Hari ini Google melancarkan pula SynthID Text yang bukan sahaja boleh mengesan karya dijana AI generatif tetapi juga membolehkan tera air diletakkan pada karya AI supaya boleh dikesan oleh sistem pengesanan yang lain.

Google kini memberikan SynthID Text secara sumber terbuka bagi menggalakkan pembangun AI generatif lain untuk menggunakan sistem tera air mereka.

Pada ketika ini, SynthID Text boleh diakses menerusi Hugging Face dan telah pun diintegrasikan dalam Gemini.

Tera air yang dibenarkan ke dalam teks masih akan terpelihara sekiranya sebahagian teks janaan AI disunting atau ditulis semula.

Namun begitu, ia tidak begitu berkesan sekiranya teks AI telah dialih bahasa, teks yang pendek atau jawapan dalam bentuk fakta.

Pada Ogos tahun lalu, Google melancarkan SynthID yang membenamkan tera air pada imej yang dijana oleh AI.

Kedua-dua tera air digital yang dibenamkan ke dalam karya janaan AI ini tidak boleh dikesan oleh manusia tetapi boleh dikesan menggunakan perisian khusus. -Amanz