Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Amanz
Februari 13, 2025 14:00 MYT
Februari 13, 2025 14:00 MYT
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia dan kemas kini baharu menjadikan ia boleh memahami lebih banyak bahasa, loghat, dialek dan membantu pengguna melakukan penterjemahan langsung.
GEMINI 2.0 adalah model bahasa raya kecerdasan buatan generatif Google baharu yang paling berkuasa.
Ringkasan AI
- Gemini 2.0 adalah model bahasa raya kecerdasan buatan generatif Google baharu yang paling berkuasa dan jenis multi-model yang boleh menjadi ejen AI untuk menggunakan peranti atau melakukan tugas untuk pengguna.
- Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia dan kemas kini baharu menjadikan ia boleh memahami lebih banyak bahasa, loghat, dialek dan membantu pengguna melakukan penterjemahan secara langsung.
- Google mengingatkan pengguna bahawa sokongan kongsi kandungan skrin ke Gemini Live dan berinteraksi seakan panggilan video yang sedia ada pada ChatGPT turut akan disokong pada aplikasi Gemini.
Ia adalah jenis multi-model yang boleh menjadi ejen AI untuk menggunakan peranti untuk pengguna atau melakukan tugas untuk pengguna.
Ia turut boleh menggunakan kamera peranti untuk menjadi mata dan melihat persekitaran. Terbaharu, dalam emel yang dikongsi kepada pengguna – Gemini Live pula akan dikemas kini.
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
Kemas kini baharu ini menjadikan ia boleh memahami lebih banyak bahasa, loghat, dialek dan juga membantu pengguna melakukan penterjemahan secara langsung.
Google tidak menyatakan model mana, tetapi memandangkan ia adalah yang terkini ia mungkin Gemini 2.0.
Pada masa yang sama, Google turut mengingatkan pengguna yang kelak sokongan kongsi kandungan skrin ke Gemini Live dan berinteraksi seakan panggilan video yang sedia ada pada ChatGPT turut akan disokong pada aplikasi Gemini. -Amanz