Google guna kuasa nuklear untuk pusat data AI

Amanz
Oktober 15, 2024 11:50 MYT
Google menandatangani perjanjian dengan Kairos Power untuk menggunakan reaktor nuklear modular kecil (SMR) bagi membekalkan kuasa elektrik kepada pusat data kecerdasan buatan (AI) mereka. -Gambar fail/Reuters
GOOGLE menandatangani perjanjian menggunakan reaktor nuklear modular kecil untuk membekalkan kuasa elektrik kepada pusat data kecerdasan buatan (AI) mereka.

Ringkasan AI
  • Google menandatangani perjanjian dengan Kairos Power untuk menggunakan reaktor nuklear modular kecil (SMR) bagi membekalkan kuasa elektrik kepada pusat data kecerdasan buatan (AI) mereka.
  • Reaktor pertama dijangka beroperasi pada tahun 2030. Menjelang 2035, reaktor-reaktor ini akan membekalkan 500 MW kuasa dengan pelepasan karbon sifar.
  • Penggunaan tenaga nuklear yang lebih bersih diharapkan dapat membantu Google mencapai sasaran operasi sifar-bersih menjelang 2030, setelah gagal memenuhi sasaran kelestarian tahun lalu.

Reaktor nuklear modular ini dibangunkan oleh Kairos Power dengan ia akan memulakan operasi pada tahun 2030.
Menjelang 2035, reaktor-reaktor ini akan membekalkan 500 MW kuasa dengan pelepasan karbon sifar.
Keperluan tenaga yang tinggi untuk pusat data khususnya yang menjalankan perkhidmatan AI Google menyebabkan syarikat gagal memenuhi sasaran menjadikan operasi lebih lestari tahun lalu.
Penggunaan tenaga nuklear yang lebih bersih diharapkan dapat mengembalikan semula Google ke landasan sasaran menjadikan operasi mereka lebih sifar-bersih menjelang 2030.
Google bukan satu-satunya syarikat yang mula menggunakan kuasa nuklear bagi memenuhi keperluan pusat data.
Bulan lalu stesen janakuasa nuklear Three Mile Island yang terletak di Pennsylvania dihidupkan semula bagi menjana kuasa elektrik yang diperlukan Microsoft.
Stesen ditutup pada tahun 2019 kerana tidak menguntungkan.
Stesen janakuasa ini ialah lokasi insiden reaktor hampir lebur pada tahun 1979 yang sehingga kini ialah insiden paling serius melibatkan tenaga nuklear di Amerika Syarikat. -Amanz
#Google #kecerdasan buatan #pusat data #Kairos Power
;