Google dilapor ingin bekerjasama dengan EssilorLuxottica untuk Gemini pada kaca mata pintar

Amanz
Julai 20, 2024 09:20 MYT
Google dilaporkan bekerjasama dengan syarikat EssilorLuxottica yang terkenal dengan penawaran jenama seperti Ray-Ban, Oakley dan juga Supreme, untuk penawaran Gemini melalui kaca mata pintar. -Amanz
GOOGLE dilaporkan bekerjasama dengan syarikat EssilorLuxottica yang terkenal dengan penawaran jenama seperti Ray-Ban, Oakley dan juga Supreme, untuk penawaran Gemini melalui kaca mata pintar.
Untuk makluman, Meta sedia bekerjasama dengan EssilorLuxottica sebelum ini, dengan menawarkan kaca mata pintar berjenama Meta.
Malah, hadir laporan minggu ini menyatakan Meta ingin mendapatkan pegangan sekitar 5% pada syarikat berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kerjasama Google dengan pihak ini akan berhasil atau sebaliknya.
Google sebelum ini pernah hadir dengan Google Glasses, namun pembangunannya dihentikan tidak lama selepas itu.
Malah, baru-baru ini, Google pernah mempertontonkan kebolehan pembantu maya mereka melalui nama Project Astra.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibangunkan oleh Google dibawah arena kaca mata pintar ini dalam masa terdekat. -Amanz
#Google #EssilorLuxottica #Gemini #kaca mata pintar