Google buang akses Google Lens pada 'Circle to Search'

Amanz
Oktober 14, 2024 17:14 MYT
Kemas kini terbaharu menghilangkan akses pantas kepada Google Lens, hanya membenarkan carian teks atau arahan suara. -Amanz
GOOGLE Circle to Search adalah ciri carian AI paling berguna untuk peranti Android.

Ringkasan AI
  • Selepas eksklusif kepada peranti Pixel dan Samsung, kini boleh digunakan pada peranti Xiaomi dan Honor.
  • Kemas kini terbaharu menghilangkan akses pantas kepada Google Lens, hanya membenarkan carian teks atau arahan suara.
  • Akses pantas kepada carian audio dan menterjemah teks masih dikekalkan.

Selepas berbulan menjadi eksklusif kepada peranti Pixel dan Samsung, ia mula boleh digunakan pada peranti Xiaomi dan Honor.
Terbaharu, Circle to Search telah dikemas kini dengan ciri yang dibenci ramai.
Circle to Search kini tiada lagi akses pantas kepada Google Lens. Sebaliknya, setiap kali Circle to Search diseru – bar carian Google kini terhad kepada memasukkan teks atau arahan suara.
Dua ciri lain yang masih dikekalkan adalah akses pantas kepada carian audio dan menterjemah teks.
Ini membuatkan orang ramai yang bergantung kepada carian tambahan dengan Google Lens perlu melakukan dua kerja, iaitu mengakses melalui aplikasi Google.
Kemas kini Circle to Search ini dilihat telah diedarkan kepada semua pengguna secara meluas.
Sebagai pengguna Circle to Search dan Google Lens, ketiadaan akses pantas ini membuatkan saya kecewa dengan kemas kini baharu ini dan mengharapkan Google Lens akan muncul kembali suatu hari nanti. -Amanz
#Google
;