Google Bard kini boleh jana teks ke imej secara percuma

Amanz
Februari 2, 2024 03:55 MYT
Pengguna juga turut boleh melakukan pilihan untuk menjana dua imej tambahan – iaitu sehingga empat imej maksimum untuk setiap input teks. -Amanz
GOOGLE kini telah memperkenalkan kemas kini pada Bard, iaitu sokongan kecerdasan buatan generatif yang dibangunkan oleh gergasi internet berkenaan.
Selepas menyokong kebolehan menjana teks, menjawab persoalan, dan melakukan sejumlah perkara lain, kini Bard juga turut boleh menjana imej.
Buat masa ini, sokongan ini terhad dalam bahasa Inggeris sahaja di Bard. Mengikut percubaan kami, selepas memasukkan input teks, ia akan menjana dua imej terlebih dahulu.
Pengguna juga turut boleh melakukan pilihan untuk menjana dua imej tambahan – iaitu sehingga empat imej maksimum untuk setiap input teks.
Google menyatakan setiap imej yang dijana ini turut menyertakan tanda tera air SynthID bersama dengannya.
Bagi anda yang berminat, boleh cuba menjana imej melalui Bard hari ini. -Amanz
#Google Bard #jana Teks Ke Imej #SynthID #sokongan kecerdasan buatan generatif