Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
Amanz
Mei 16, 2024 13:45 MYT
Mei 16, 2024 13:45 MYT
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android, di mana melalui integrasi bersama kecerdasan buatan (AI), ia akan mengimbas peranti dan memastikan peranti kekal selamat daripada pelbagai ancaman.
Salah satu perkara baharu yang akan dilakukan adalah termasuk menganalisa pelbagai perkara yang diakses aplikasi, dan sekiranya terdapat sebarang perkara mencurigakan, ia akan memaklumkan pengguna berkaitan sesuatu aplikasi atau perkhidmatan.
Selain melindungi peranti pengguna, Google Play Protect juga akan turut menghantar maklumat berkaitan aplikasi tersebut kepada Google untuk semakan lanjut.
Antara rakan kerjasama yang akan mengintegrasikan ciri ini pada peranti mereka kelak pada tahun ini adalah termasuk Honor, Lenovo, Nothing, OnePlus, Oppo, Sharp, Transsion dan beberapa yang lain. - Amanz