GMM, inisiatif Malaysia wujudkan kestabilan serantau

Astro Awani
September 21, 2013 12:35 MYT
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bukan bertindak menggantikan peranan pertubuhan sedia ada seperti Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM).
GMM sebaliknya merupakan inisiatif Malaysia bagi mewujudkan kestabilan serantau pada masa sama mengurangkan elemen ekstrimis.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memandang serius terhadap tindakan golongan ekstrimis sehingga mengancam keselamatan awam.
Jelasnya tindakan kesederhanaan tidak seharusnya dilihat sebagai lemah malah ia perlu dilihat sebagai kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesebuah konflik.
Mengambil contoh tindakan Malaysia sebagai perantara dalam konflik selatan Filipina, pendekatan kesederhaan boleh diklasifikasikan sebagai berjaya.
Najib berkata demikian ketika diwawancara dalam The CNBC Conversation di saluran CNBC Asia dihoskan oleh Martin Soong.
Jangan lupa untuk menyaksikan rakaman penuh wawancara tersebut di saluran 501 Astro AWANI pada Sabtu jam 8.30 malam.
#cnbc asia #najib
;