GMBF 2023 memangkin ekonomi Islam global - Dr Ma’ruf Amin

Devonshire Sikem
November 28, 2023 23:05 MYT
Ma’ruf turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelestarian ekonomi Islam ini pada masa hadapan. - Gambar Astro AWANI
KUCHING: Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 merupakan wadah ideal dalam menghubungkan dunia ekonomi Islam serta bukan Islam dalam memangkin ekonomi Islam ke peringkat yang lebih mendunia.
Naib Presiden Indonesia, Professor Dr Ma’ruf Amin berkata GMBF 2023 dapat dijadikan hab pengetahuan serta platform penerokaan amalan terbaik serta inovasi dalam pelbagai segmen seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian, keusahawanan serta industri halal.
Tambah Ma’ruf, pakar serta pemain industri ekonomi Islam serta bukan Islam perlu bekerjasama dalam memastikan halatuju ini direalisasikan serta bukan omongan kosong.
“Saya mengajak seluruh pemimpin yang hadir pada forum ini untuk memperluas dan memperkuat kerjasama dalam mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.
“Kedua, pemanfaatan teknologi digital dan inovasi digital dalam pengembangan ekonomi syariah mesti diperluas.
Ma’ruf turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelestarian ekonomi Islam ini pada masa hadapan.
“Ketiga, bangun dan tingkatkan kontribusi ekonomi syariah sebagai penyokong pertumbuhan ekonomi berkelanjutan.
Katanya lagi, pembangunan serta pengembangan ekosistem industri halal bertaraf antarabangsa merupakan satu langkah dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Islam serta kewangan syariah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Selasa.
#keusahawanan #GMBF 2023 #pertumbuhan ekonomi #kewangan Islam
;