Gimnasium kembali beroperasi di negeri Fasa 2, 3 PPN - Faizal Azumu

Faris Danial Razi
September 17, 2021 22:52 MYT
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat mengesahkan bahawa gimnasium kini dibenarkan beroperasi semula. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas berlaku sedikit kekeliruan berkaitan pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat mengesahkan bahawa perkhidmatan itu kini dibenarkan beroperasi berkuatkuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Ahmad Faizal memaparkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi aktiviti tersebut dengan ciapan yang menyeru supaya orang ramai patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
“Gimnasium kini kembali beroperasi. Sila patuh kepada SOP dan terutamanya panduan pengudaraan premis. Nikmati hidup sihat!,” katanya.

Gyms are now open for business. Please follow the SOPs and especially the ventilation guidelines. Enjoy healthy living! pic.twitter.com/cryV1Lkbcq

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) September 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di atas kebenaran yang diberikan.
BACA: Untungnya lengkap divaksin, PM umum negeri Fasa 2, 3 sudah boleh bersukan
BACA: Pembukaan gimnasium: Ahmad Faizal mohon maaf salah faham
Sebelum ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilapor berkata gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga, di bawah PPN akan dibenarkan beroperasi hari ini dan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, Ti menjelaskan semula kenyataannya dengan memaklumkan gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas SOP tambahan diwartakan.
Berikut adalah SOP bagi aktiviti sukan dan riadah untuk negeri-negeri di bawah Fasa Dua PPN:
• Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan.
• Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang dilakukan di kawasan TERBUKA (OUTDOOR) adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja bagi melakukan semua aktiviti sukan dan rekreasi bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi TERBUKA (OUTDOOR) dengan pematuhan
kepada SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI bagi aktiviti bersentuhan fizikal. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.
• Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan atau tidak bersentuhan fizikal yang dilakukan secara individu atau berkumpulan di kawasan TERTUTUP (INDOOR) adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa.
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi TERTUTUP (INDOOR) dengan pematuhan kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi TERBUKA (OUTDOOR) dan TERTUTUP (INDOOR) awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pihak Berkuasa yang berkaitan.
#Ahmad Faizal Azumu #PPN #gimnasium #Pelan Pemulihan Negara #Fasa 2
;