Gerhana #SuperBlueBloodMoon: Ramai kecewa cuaca mendung
Firdaus Azil
Januari 31, 2018 22:01 MYT
Januari 31, 2018 22:01 MYT
Fenomena gerhana penuh 'supermoon’, atau dikenali sebagai 'super blue blood moon', yang menjelma hari ini, ternyata dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, namun ramai juga yang mengeluh kerana keadaan cuaca yang tidak begitu elok.
Mengikut laman web accuweather.com, kebanyakan kawasan di negara ini mengalami awan mendung, dengan sesetengahnya dilanda hujan dan ribut petir.
Rata-rata pengguna laman media sosial berkata, mereka hanya bergantung harap kepada akaun rasmi seperti agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang membuat siaran langsung pencerapan fenomena itu.
#FBLiveAWANI: Fenomena 'Super Blue Blood-Moon'
Bagaimanapun, ada di antara mereka yang sempat merakamkan fenomena itu menggunakan telefon bimbit masing-masing dan berkongsi perasaan gembira di laman sosial media.
Agensi Angkasa Negara dalam kenyataannya memberitahu, fasa gerhana akan berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur kecuali Sabah dan Sarawak di mana gerhana bermula selepas bulan terbit.
Fasa gerhana penuh maksimum akan berlaku pada jam 9.29 malam dan keseluruhan fenomena ini akan berakhir pada jam 12.08 pagi 1 Februari.
#Amerika Syarikat
#gerhana bulan
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#NASA
#rakyat Malaysia
#superbluebloodmoon
#Supermoon