Gereja terus tutup sehingga PKP tamat sepenuhnya

Bernama
Mei 21, 2020 04:16 MYT
Gereja terus ditutup sehingga PKP ditamatkan sepenuhnya. -Gambar fail
Gereja terus ditutup sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya walaupun kerajaan dalam pengumuman terbaharu membenarkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dibuka semula pada 10 Jun.
Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri berkata sama ada gereja akan dibuka semula pada 10 Jun, keputusan itu akan dikaji dengan bijaksana apabila tiba masanya.
"Kami berusaha untuk mengutamakan keselamatan orang ramai sebagai tanggungjawab kerohanian terpenting kami. Keadaan terkini masih sangat tidak menentu dan tidak stabil," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Hermen berkata, buat masa ini, perkhidmatan ibadah pada Ahad akan terus ditawarkan menerusi penstriman dalam talian.
-- BERNAMA
#COVID-19 #gereja tutup #Hermen Shastri #koronavirus #Majlis Gereja Malaysia #penstriman dalam talian #perintah kawalan pergerakan #perkhidmatan ibadah pada Ahad #PKP #rumah ibadat bukan Islam #zon hijau
;