Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu

Astro Awani
Mei 7, 2020 08:00 MYT
Ini beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan. - Astro AWANI / Shahir Omar
MEREKA yang terkandas di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dapat pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini (7 Mei) hingga Ahad, melalui pergerakan Gerak Malaysia.
Bagi yang akan memulakan perjalanan, kami senaraikan beberapa peringatan ini untuk anda.
TARIKH PERJALANAN
7 Mei - Dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain di Semenanjung
8 Mei - Dari Perak, Johor dan Kelantan ke negeri-negeri lain di Semenanjung
9 Mei - Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei - Dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
KAWASAN REHAT DAN RAWAT LEBUH RAYA (R&R)
- Tidak dibenar keluar dari kenderaan kecuali untuk menggunakan tandas
- Tandas awam dibuka tetapi orang ramai dinasihat mengamalkan penjarakan sosial
- Tiada sebarang kemudahan jual beli makanan
- Pengguna dinasihat membawa bekal makanan
- Surau juga ditutup
STESEN MINYAK
- Hanya beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam
TOL
- Tambah nilai Touch n' Go menerusi jurutol adalah dilarang
- Pastikan baki kad mencukupi sebelum memasuki lebuh raya
- Tambah nilai boleh dilakukan di stesen minyak, mesin ATM dan kedai serbaneka
Selamat pulang ke destinasi dan pastikan amalan penjarakan sosial, mencuci tangan serta memakai topeng muka.
#Gerak Malaysia #Kuala Lumpur #perintah kawalan pergerakan #PKP #Semenanjung #stesen minyak #terkandas #tol
;