Gerabak kereta api tergelincir, jalan sesak hampir 2 jam di Pasir Gudang
Astro Awani
Jun 30, 2017 17:25 MYT
Jun 30, 2017 17:25 MYT
Kesesakan hampir dua jam berlaku selepas sebuah gerabak kereta api tergelincir dan menghalang lalu lintas di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, tengah hari Jumaat.
Kereta api yang membawa 31 gerabak muatan simen tergelincir dan melintang di tengah jalan.
Ketika kejadian berlaku kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor menuju ke Skudai.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata kerja membaik pulih dan mengalih gerabak kereta api mengambil masa kira-kira dua jam dengan menggunakan kren.