Geng 04 dihadap ke mahkamah, dikawal ketat 60 anggota polis

Sinar Harian
Mac 20, 2018 14:46 MYT
Tertuduh dibawa dengan menaiki dua trak dan diiringi 60 pegawai dan anggota polis dan Jabatan Penjara. - Astro AWANI/Abd Razak Mohd Ali
36 ahli kongsi gelap Geng 04 sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, bagi sebutan semula kes menganggotai kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu.
Tertuduh dibawa dengan menaiki dua trak dan diiringi 60 pegawai dan anggota dari All Black Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan Jabatan Penjara tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi.
Tertuduh adalah Mohamed Sharif Mohamed Ibrahim, 38 dan adiknya, Muhamad Sidiq, 32; A Kughan, 31; M Perbakaran, 32; R Sargunan, 38; B Murli, 38; J Thruselvam, 31; K Thiruchelvan, 25; K Kugan, 38; A Samuel Dhinakaran, 34; M Ganesan, 38 dan K Sattiyarao, 31.
Selain itu, S Vijendran,31; BK Chandran, 27; N Michael Raj, 30; TS Kavitheian, 31; C Tinabalan, 33; K Selvam, 33; T Kamal, 33; Abdul Rahman Subbaiah Salim, 30; S Thatchana Moorthy, 43; M Selva, 32; S Jesudass, 30 dan K Kartikkesan Krishnan, 30.
Turut didakwa, SD Kevin, 22; P Jeventhyren, 30; M Munian, 47; R Kesavan, 32; PA Fatri, 36; L Tamil Selven, 48; F Niclos, 33; SK Jagathesan, 41; R Paramesh Rao, 26; S Kalidas, 31; A Govalsamy, 53, dan K Arun, 32.
Dalam prosiding lebih sejam itu, Hakim Murtazadi Amran menetapkan 24 April ini bagi sebutan semula kes terhadap kesemua tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias memohon tarikh sebutan baharu untuk melengkapkan dokumen serta izin pendakwaan.
Pada 20 Februari lalu, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Januari 2015 hingga 27 Januari lalu.
BACA: Pendakwaan Geng 04 dikawal ketat
Pertuduhan terhadap semua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
#Geng 04 #kongsi gelap #kumpulan jenayah terancang #Mahkamah Sesyen #Murtazadi Amran
;