Generasi Penamat: Tiada rekod jenayah, hukuman penjara kepada pesalah

Hafizi Rosli
Julai 30, 2022 11:50 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hukumannya masih sama seperti peraturan sedia ada iaitu kompaun maksimum RM50 - Foto Twitter/KhairyKJ
KUALA LUMPUR: Tiada rekod jenayah mahupun hukuman penjara terhadap individu dalam kalangan Generasi Penamat (GEG) sekiranya mereka melakukan keslahan berdasarkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini diluluskan.
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, melalui satu video di laman Twitternya, beliau berkata hukumannya masih sama seperti peraturan sedia ada iaitu kompaun maksimum RM50.
"Kepada golongan GEG yang melakukan kesalahan nanti, kita hanya akan kenakan kompaun maksimum sebanyak RM50 seperti yang kita laksanakan di bawah peraturan sedia ada, dan pesalah boleh memohon untuk potongan diskaun.
"Keslaahan yang melibatkan generasi akan datang di bawah RUU ini adalah bukan suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7), oleh itu tidak berbangkit isu rekod kesalahan yang melibatkan golongan GEG," jelasnya dalam video yang dimuatnaik di laman Twitter dan Tiktok miliknya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, pelaksanaan GEG tidak akan menyumbang kepada pertambahan lambakan rokok tidak sah.
Namun sebaliknya ia akan membantu mengurangkan permintaan kepada bekalan produk rokok ini susulan menunrunnya peratus perokok dalam kalangan GEG.
Katanya kerajaan sedang menangani isu lambakan rokok tidak sah kerana sekiranya tidak dibendung ia akan terus meningkatkan peratus perokok secara keseluruhan.
KKM juga jelasnya akan terus bekerjasama dengan kementerian serta agensi lain bagi memastikan masalah rokok tidak sah ini dibendung.

No criminal record or jail term for #GEG offenders. https://t.co/lyfP3uEyF1 pic.twitter.com/fnYyHeDVOD

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairy Jamaluddin #GEG #kesalahan #rokok
;