Generasi Penamat Rokok: Rugi atau untung buat negara? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Astro Awani
Jun 30, 2022 15:22 MYT
Jun 30, 2022 15:22 MYT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mencadangkan pelaksanaan Generasi Penamat bagi larangan sebarang bentuk penjualan, pembelian dan pemilikan produk tembakau serta produk pengganti tembakau termasuk rokok elektronik dan vape bagi mereka yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya.
Peruntukan yang diperkenalkan ini akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi menggantikan peruntukan di bawah undang-undang sedia ada iaitu di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 iaitu Larangan Mengenai Merokok dan sebagainya.
Apakah Pelaksanaan ini akan mendatangkan kerugian atau sebenarnya keuntungan kepada negara?
Astro AWANI malam ini membawakan perbincangan "Generasi Penamat Rokok" bersama tiga tetamu jemputan.
Pakar Perubatan Respiratori,Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Wong Chee Kuan; Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr Norashidah Mohamed Nor dan Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (Move), Samsul Kamal Ariffin akan bersama hos Nazri Kahar akan mengupas lebih lanjut mengenai sentimen-sentimen semasa ini.
Saksikan Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.