Generasi muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan - Dr Mahathir

Bernama
September 13, 2023 20:00 MYT
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan supaya mereka memahami kepentingan menjaga keharmonian dan dan kedaulatan negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan supaya mereka memahami kepentingan menjaga keharmonian dan dan kedaulatan negara.
Katanya generasi muda pada masa kini dilihat kurang penghayatan mengenai sejarah kemerdekaan negara, berbanding generasi terdahulu yang dilahirkan sebelum kemerdekaan dan pasca kemerdekaan.
"Kita lihat orang muda sekarang lebih tumpukan kepada keseronokan sahaja tidak seperti orang tua dulu-dulu yang sangat menghargai erti perjuangan dan kemerdekaan dan semangat itu masih kekal sampai sekarang.
"Hanya segelintir sahaja mereka (orang muda) ini yang benar-benar memahami maksud kemerdekaan ini," katanya dalam forum sempena Minggu Negarawan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
-- BERNAMA
#generasi muda #Mahathir Mohamad #nikmat kemerdekaan #kedaulatan negara
;