Generasi muda muflis akibat kad kredit berkurangan

Hafiz Marzukhi
November 13, 2017 15:02 MYT
Kes muflis akibat hutang kad kredit menunjukkan pengurangan sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Kes muflis melibatkan generasi bawah 30 tahun akibat hutang kad kredit menunjukkan pengurangan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Statistik menunjukkan individu yang diisytiharkan muflis bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah sembilan orang berbanding 22 orang bagi tempoh waktu yang sama tahun lepas.
Bagi tahun 2015 pula, 17 orang diklasifikasikan kes muflis manakala bagi tahun 2014 adalah 12 orang.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata antara punca utama kes muflis dalam kalangan generasi muda adalah disebabkan penggunaan kad kredit melebihi kemampuan masing-masing.
"Daripada tahun 2014 hingga 2016, purata statistik generasi muda yang diisytiharkan muflis hanya 1.1 peratus," kata Othman
Beliau menjawab soalan daripada Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah kes kebankrapan dalam kalangan generasi muda berkaitan penggunaan kad kredit.
#bankrap #Datuk Othman Aziz #Datuk Sapawi Ahmad #generasi muda #kad kredit #kebankrapan #Kementerian Kewangan #muflis #Sapawi Ahmad #Timbalan Menteri Kewangan
;