Gempar! Ular sawa 120kg masuk kampung
Sinar Harian
Ogos 24, 2018 19:15 MYT
Ogos 24, 2018 19:15 MYT
Dengan bantuan penduduk kampung, seekor ular sawa seberat 120kg berjaya ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan selepas dikesan ‘bersembunyi’ di bawah pokok kelapa sawit di Kampung Tapak Semenang dekat Tanjung Sari, hari ini.
Kehadiran reptilia sepanjang tujuh meter itu disedari sekitar jam 10.30 pagi oleh dua lelaki ketika menjalankan kerja mengait buah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata anggota mengambil masa hampir 30 minit untuk menangkap ular sawa terbabit menggunakan alat penangkap khas.
“Operasi tangkapan dilakukan enam anggota turut dibantu penduduk kampung, ular berkenaan kemudiannya berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata ini merupakan ular sawa terpanjang yang pernah ditangkap di kawasan itu dalam tempoh 20 tahun.
#alat penangkap khas
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan
#Jabatan Perhilitan
#Kampung Tapak Semenang
#pokok kelapa sawit
#Tanjung Sari
#Teluk Intan
#ular sawa
#Zulkafle Abdullah